Bengkel Pembelajaran Kreatif Skor A Faber- Castell

Hari ini saya telah mengikuti Bengkel Pembelajaran Kreatif Skor A Faber- Castell (Sekolah Menengah Sesi 2) yang dianjurkan oleh Faber- Castell (M) Sdn. Bhd dengan kerjasama Unit Sains Dan Matematik, Sektor Pembelajaran JPN Selang. Bengkel ini telah diadakan pada pukul 2.30pm-5.00pm. Walaupun masih dalam cuti kuarantin, tetapi tidak menghalang saya untuk menimba ilmu dalam talian. Diantara 10 teknik pembelajaran kreatif yang disampaikan oleh En Jay adalah seperti yang berikut:

1. Skor dengan teknik Menanda
2. Peta Minda
3. Nota Aliran Sungai
4. Perkaitan
i) Mengingati nama
ii) Mengingati formula
iii) Istana Memori
5. Kad Kilat
6. Simbol/ Emoji
7. Teknik Sekatan Masa
8. Senarai Komander
9. Pemampatan Nota
10. Kaedah Fokus

Bengkel ini telah memberi idea kepada saya cara melaksanakan pengajaran dan pembelajaran saya dengan lebih kreatif dan efektif. Terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah menyediakan buku panduan yang sangat menarik dan informatif.


Sesi Bergambar dalam talian bersama penceramah, host dan para peserta bengkel

Sijil Penyertaan yang cantik dari pihak penganjur

Previous Post Next Post