Bengkel bersemuka kali pertama telah diadakan pada 28 Jan 2023 mengenai Penulisan RPH untuk PdPc KBAT TS25. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pn Mazmin dan Dr Zainuriyah Abd Khatab dari Yayasan Genosis kerana sudi meluangkan masa untuk menyampaikan ilmu kepada kami pada hujung minggu ini. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk pembugaran program Genosis dan memperkasa kompetensi guru melaksanakan PdPc KBAT ke arah membangunkan potensi pelajar.
Toolkit PdP KBAT boleh menjadi sumber rujukan utama bagi semua guru untuk merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) semasa penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH). Pedekatan Flipped Classroom (FC) harus dijalankan untuk memudahkan pelajar-pelajar mengikuti dan menguasai standard kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP)seterusnya mencapai Obejektif Pembelajaran (OP) yang ditetapkan.
Sekolah Genosis menggunakan inkuiri penemuan 5P (Fasa Pelibatan, Penerokaan, Penerangan, Pengembangan dan Penilaian) dalam penulisan RPH sebelum ini. Memandangkan sekolah telah dipilih untuk mengikuti Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 7 dan format penulisan RPH telah diubah namun penerapan 5P masih perlu ada dalam penulisan RPH. Bengkel kali ini telah memberikan beberapa contoh berdasarkan bidang dan subjek yang berbeza. Berikut merupakan salah satu contoh RPH subjek matematik yang diberikan dalam bengkel.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pendidik.