Tahun Baru Cina hari yang ke-7 merupakan hari jadi orang ramai ”人日“. Pada hari ini, salad ikan mentah lambung, yee sang ”鱼生“ dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran. Adat resam ini diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut. Hidangan ini direka di kawasan pantai selatan China seperti Chaozhou dan Shantou kira-kira 1,500 tahun dahulu, ketika Dinasti Song. Menurut legenda, seorang dewi dari China yang dikenali sebagai Nǚwō (女娲) memperbuat manusia daripada tanah dan lumpur pada hari ketujuh bulan pertama tahun baru qamari. Sejak itu, hari tersebut dikenali sebagai "Hari Lahir Manusia". Dipercayai bahawa kaum nelayan dan pelaut China Selatan zaman silam amat menghormati mitos ini. Pada masa kini, yusheng dihidangkan dalam jamuan atau upacara keagamaan, bukan sahaja untuk memperingati peristiwa itu, malah untuk memberi penghormatan kepada Nüwo. Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, kebanyakan nelayan ini berhijrah ke negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Singapura untuk kehidupan yang lebih baik, dan membawa bersama hidangan tradisi ini.
Ramuan-ramuan biasa digunakan termasuk ikan salmon segar, lobak putih, lobak merah, cili kembung, halia, kaffir lime leaf, parsli Cina, potongan kacang tanah, bijan bakar, keropok udang Cina (atau udang kering goreng), dan tepung lima rempah. Kuahnya diperbuat terutamanya daripada sos plum. Namun, ramai kaum cina sekarang telah membuat intervensi terhadap yee sang diantaranya menggunakan pelbagai jenis buah-buahan yang berwarna-warni untuk menggantikan sayur-sayuran.