Jawapan 4 angka bererti dan sekurang-kurangnya 2 tempat perpuluhan
Hanya RM, sudut dalam darjah / degree mesti tulis dalam 2 tempat perpuluhan
Nombor indeks dan indeks gubahan sekurang-kurangnya 2 tempat perpuluhan
Guna nilai phi yang diberikan dalam soalan bagi mendpaatkan jawapan yang lebih tepat.
Pengamiran mesti penggantian limit dengan jelas, tidak boleh dipermudahkan walaupun nombor atau nialai yang mudah.
Bagi soalan Hukum Linear, penggantian koordinat ( X, Y) mengikut nilai paksi X dan paksi Y yang berkaitan.
Jadual nilai berada dalam 2 tempat perpuluhan supaya mudah untuk plot graf (pastikan bundarkan 2tp dengan betul)
Garisan penyuaian terbaik hendaklah seimbang dan hemdak memotong pada paksi-y (pintasan-y)
Pengamiran : kuasa bertambah satu sekurang-kurangnya dua sebutan betul
Pembezaan: kuasa berkurang satu sekurang-kurangnya dua sebutan betul
Mencari isipadu perlu pastikan nilai phi ditunjukkan dengan jelas.
Pastikan persamaan kuadratik difaktorkan selengkapnya dan jadikan persamaan dalam bentuk am sebelum faktorkan.
Persamaan serentak : Tunjukkan kaeadah penghapusan/ penggantian dengan jelas. Jawapan dari kalkulator sebagai panduan.
Mempermudahkan surds mensti tunjuk darab konjugat dan kembangkan mengikut syarat pengangka 4 sebutan dan penyebut 2 sebutan.
Fungsi Trigonometri:Jika soalan dalam darjah, jawapan akhir mesti dalam darjah.
Vektor: Pastikan tunjuk hukum poligon yang digunakan walaupun soalan mudah.
Ungkapan vektor yang diperolehi mesti difaktorkan jika ianya boleh difaktorkan dan pastikan tatanda vektor ditekankan
Koordinat Geometri : Tunjuk kaedah jelas bagi mencari luas, koordinat bagi tembereng garis. Elakkan guna kaedah pintas. Penggunaan formula yang betul dititikberatkan
Contoh Soalan
"SELAMAT MENDUDUKI MATEMATIK TAMBAHAN SPM!"