Apple Teacher

Saya telah berjaya mendapat sijil Apple Teacher pada 25 Mac 2020 semasa dalam perintah kawalan pergerakan (PKP). Program Apple Teacher membantu para pendidik memanfaatkan keunggulan peranti Apple seperti ipad, iMac, Macbook, iPhone dan semua aplikasi dibawah ecosistem iOS. Untuk mengikuti program ini, para guru perlu mendaftar ID peribadi apple di https://education.apple.com/#/auth/sign-up kemudian mengikuti kursus yang disediakan dalam "Learning Center" https://education.apple.com/#/home/rp/T006360A . Para pendidik boleh memilih untuk mengikuti kursus bagi peranti iPad atau peranti Mac kemudian menjawab soalan kuiz yang disediakan untuk mendapatkan lencana. Para pendidik perlu mengumpulkan 6 lencana sama ada bagi peranti iPad atau Mac untuk dianugerahkan sebagai Apple Teacher.

Selain itu, para pendidik juga boleh mengikuti bengkel-bengkel yang dikendalikan oleh Apple Professional Learning Malaysia (APLM) supaya memahirkan diri dalam penggunaan aplikasi-aplikasi yang sedia ada. Selain itu, para pendidik yang mempunyai ID DELIMA juga boleh mengikuti kursus-kursus Apple melalui portal DELIMA. Para pendidik yang mempunyai peranti Apple dan masih belum dianugerahkan "Apple Teacher" bolehlah menyertai perogram tersebut. Sememangnya program ini memberi banyak ilmu kepada para pendidik dan boleh meneruskan perjalanan sehingga menjadi Apple Learning Coach, Apple Distinguished Educator (ADE)dan Apple Professional Learning Specialist (APLS). Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.